######################################################################
Hampir seminggu sejak balik dari Cairo aku belum sempat lagi membuka facebook.Maklumla sibuk menguruskan barang-barang serta buku yang dikirim pulang dari sana.Tiba-tiba tanganku tergerak untuk membuka profile Alia Abdullah.Boleh juga tahu perkembangan dia di sana. Tiba-tiba aku tertawa sendiri melihat komen-komen Lia dengan kakaknya.Ketaranya si Lia nie manja mentang-mentangla anak bongsu.Lia..Lia..
##########################################################################
Haikal.Ko last year kan?Nahh aku ada calon untuk ko.Aku membaca mesej ringkas Fik yang dihantar melalui private message (PM) bersama link akaun facebook muslimah. Tahap kepercayaan aku dengan si Fik memang tinggi.Dia junior yang paling rapat dengan aku time study di maahad. Baik buruk aku dia dah selami,baik buruk dia jugak aku dah selami.Family aku pun dah kenal baik dengan family dia.Tanpa perasaan was-was aku terus menambah muslimah tersebut sebagai kawanku di fb. Seminggu selepas aku meng'add' Alia Bt Abdullah, barulah diterima hari nie.Memandangkan kuliah taranum cancel bolehla aku godek-godek fb dia nie bahasa mudahnya stalk..Oh bakal cekgu pulak muslimah nie.Status-status dia banyak ke arah perubahan diri,memperbaiki diri, senang citer islamic post la bila tengok wall dia nie.-Aku dah add muslimah tuu,kenapa ko suruh aku add dia?anything special?-Mesej tersebut aku hantar kepada Fik.-Alhamdulillah ko dah add dia.dia inshaAllah special untuk ko.Aku kenal dia macam mana aku kenal ko.Ko taaruf la dengan dia dulu by post & status je jangan lebih- . -Apa maksud ko? Aku belum terfikir lagila Fik bab nie banyak lagi urusan aku tak selesai-.-Takpelah aku just suruh ko taaruf by post @ status je bukan suruh ko approach dia pun,be a gentle man.haha- Fik..Fik kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan dia nie,ada-ada je.Semejak berkawan dengan Alia Abdullah di fb nie asyik jugalah dia like status dan post-post aku.Aku macam boleh rasa dia memang tulus nak memperbaiki diri.Alhamdulillah.Selepas hampir seminggu umat islam menyambut hari raya aidilfitri, aku telah menghantar satu video,cara bertudung menurut Islam oleh Ustaz Don kepada Alia Abdullah melalui pm.Aku sendiri tidak pasti kenapa aku sharekan maklumat tuu untuk dia.Alhamdulillah dia memberi respon positif,masih mekar di ingatanku kata-kata balasannya.-syukran ustaz,semoga Allah permudahkan-Itulah kata-kata yang melekat di ingatan aku hingga ke hari ini,kata-kata tersebut menjadi asbab aku menelefon Fik dan bertanya dengan lebih lanjut berkaitan seorang Alia Bt Abdullah.
##############################################################################
"Haikal...Haikal.. hp Haikal dari tadi lagi bunyi kat atas meja makan tuu" laungan emak mematikan kenangan aku.Ohh ye mak,jap Haikal pergi tengok.Ehh Mak Cik Aishah call.Dadaku mula berdebar adakah istikharahku kini telah terjawab.Bismillahirrahmanirrahim,aku mendail semula nombor makcik Aishah.
Makcik Aishah :Assalamualaikum Haikal ke nie?
Aku:Waalaikummussalam ye makcik Haikal nie.Minta maaf makcik tadi saya di ruang tamu hp pulak tertinggal di dapur.Makcik apa khabar?sihat?
Makcik Aishah:Ohh makcik ingat Haikal ada urusan tadi,minta maafla Haikal makcik menganggu masa rehat Haikal pulak nie.Alhamdulillah makcik sihat macam biasa je.Haikal sihat?
Aku:Ehh takdelah makcik,tak menganggu pun.Kak Ina dah bersalin ke makcik?
Makcik Aishah:Ohh syukurla kalau gitu..Kak Ina tunggu due date lagi 3 hari nie.Itulah makcik call Haikal cepat-cepat nie risau nanti sibuk menguruskan Kak Ina.Haikal ingat lagi janji makcik?
Aku:Ohh dah tak lambat ye makcik nak timang cucu lagi nie.InshaAllah makcik Haikal ingat.Haikal tak kisah dan tak memaksa pun makcik,Haikal redha je apa pun keputusan makcik dengan Alia.
Makcik Aishah:Alhamdulillah,makcik bersyukur sangat kalau betullah Haikal nie jadi suami Lia.Makcik rasa lega nak lepaskan anak bongsu makcik tuu.Nanti bila Lia balik cuti bolehla Haikal datang dengan keluarga ye.Kita ikut adat.
Aku:Ya Allah alhamdulillah makcik,inshaAllah saya cuba yang terbaik makcik dengan izin Allah.InshaAllah nanti saya bincangkan dengan mak dengan abah.Apa-apa hal saya call makcik ye.
Makcik Aishah:InshaAllah,semoga semuanya dipermudahkan Allah.Oklah Haikal makcik berundur dulu ye kirim salam mak abah ye.Ohh sebelum makcik lupa,Haikal nak nombor telefon Lia?
Akul:InshaAllah nanti saya sampaikan makcik.Ohh tak perlu lagi lah makcik apa-apa hal saya call makcik terus.Makcik jaga diri ye kirim salam semua.
Makcik Aishah:Kalau gitu kata Haikal makcik ikut je.Ya,ya.inshaAllah nanti makcik sampaikan.Assalamualaikum Haikal.
Aku:Waalaikummussalam.
Alhamdulillah Ya Allah istikharahku sudah terjawab.Semoga ikatan ini mendapat berkat dan redhaMu.Aamiin .
Aku terus mendail nombor Fik...
Aku: Assalamualaikum bakal sepupu...Hehehe
Fik:Waasaikummussalam Kal.Oittt makngah dah buat keputusan eh?Alhamdulillah..
Aku:Alhamdulillah,sahabat.Ko antara asbab Allah berikan dekat aku dalam usaha membina hubungan suci nie Fik.Terima Kasih banyak-banyak.
Quote for this story:
* Don't approach her,approach her wali and family :)
* Niat yang suci disandarkan semata-mata mendapat redha Allah,inshaAllah akan dibantu oelh Allah :)
No comments:
Post a Comment