Wednesday 12 February 2014

Penganggur yang berjaya.

Almost  3 months blog ini bersawang,berhabuk,bersampah,beranggur.ok sudah.hehehe.tetiba rasa macam tak reti dah nak hapdet blog ni.Okeh,kembali kepada tajuk diatas,saya seorang penganggur yang berjaya.Dah namanya penganggur berjaya ke pulakss? Naaa.tuu yang nak story disini.I am a successful unemployed person. Maunya tak berjaya dah study pungpangpungpang 5 tahun setengah kann haruslah berjaya :) Sekarang memang terasa masa bergerak macam lambat benar,terasa macam lahh baru bulan dua ka ni?ingat dah bulan empat..Gitulahh lebih kurang tapi taklah obvious sangat kebosanan menunggu kerja sebab banyak kerja yang boleh buat dirumah.Hmmm.. Dua tiga hari ni tetiba hati tergedik-gedik nak cari parttime job,nak duit,nak beli sabun muka,nak beli losyen tangan,nak topup,nak beli tudung baru,nak beli selendang wide yang lawa-lawa dekat https://www.facebook.com/BnsShoope?fref=ts,nak berjimba bersama rakan taulan dan nak macam-macam lagi.Seee napsuuu semua itu!Maka bermulalah adegan pujuk memujuk antara penganggur bersama emaknya.Si penganggur dah semangat waja nak kerja,rasa jobless sangatlah dirumah sahaja hampir dua bulan, manakala si emak tak bagi dengan alasan takdak kawan nak bersembang,bergebang, dan menonton sinetron indon..Hmm setelah memberikan beberapa usul untuk meneruskan niat bekerja sambilan,tiba-tiba hujah dan usul si penganggur patah,lemah,stop apabila si emak berkata " (nama panggilan) ingat tak dapat pahala ka tolong mak dirumah?" ni yang pertama yang kedua pulak si emak menambah "dulu masa tengah belajaq (nama panggilan) nak sangat duduk dengan mak kan? Ni Allah dah bagi kesempatan"..Maka si penganggur pun diam dan terus pergi ke dapur meneruskan aktiviti masak memasak.Begitulahh ceritanya,tak kisahlah kalau saya rasa kopak sangat punn asal dapat together-gether dengan mak buat masa sekarang tapi kalau dah bulan 3, bulan 4 still takdapat posting lagi memang i bertekad laa nak cari kerja jugak!!Makin sedapp pulak badan ni dirumah sajaaa.Hehehehe. So,aktiviti dirumah sekarang be a housewife for my family :) .Penatt memanglahh basuh baju,sidai baju,menyapu,tanak nasi,masak masak,tengok wafiq,beli ikan (Okk obvious menipu disituu :P). Takpaa saya bersyukur sangat Allah bagi kesempatan senangkan hati mak,hati toknab,hati kakak yang tengah mabuk bunting,senangkan hati sendiri walaupun bosan..Manatau lepas nie sampai seru kawen awal tak sempat nak berseronok-ronok dengan familyy sendiri.Gitulahh ceritanya bersyukurlah dengan apa keadaan kita sekarang,ada ibrah yang tersembunyi tuuu :) Okayyyy,mari-mari nonton sinetron bersamaa ibuk.

Monday 21 October 2013

Jaulah Sahabiah 1.0 = DONE !

Alhamdulillah sekian lama merancang,akhirnya kami berjaya together-gether jalan-jalan,sembang-sembang,beramah mesra dan makan-makan. Teringat lagi dulu mak selalu cakap sahabat ialah dia yang sentiasa menasihati walau jarang bersua.Hehe#Noted.

Minggu ni kami berempat berjaya,men'free kan diri bersama-sama untuk kesekian kalinya lepas kakyati  dah keluar,dulu ada jugaklah berjaulah luar dari Keningau masa kakyati ada sekarang non ado,bukan kata luar Keningau dalam Keningau punn tak sempattt.(taksempatlasangat). Jam 7.30 am bermulanya perjalanan ke Tamu Ground Keningau.cuci-cuci mata,beli sayur losun,apam balik,kuih muih,dan cendol.Then,kami berempat sarap dalam kereta sebelum teruskan perjalanan ke rumah mama Seha. Sampai rumah mama seha,salam-salam,tengok tv,sembang-sembang dan terus lunch disana sekali.Alhamdulillah,melawat sambil beraya satu kali harunggg.Soo our next vacation jaulah ialah Keningau- Ranau- Kota Belud.Semoga dipermudahkan.

# Semoga ukhuwah yang terbina antara kita kekal hingga akhirat,Aamiin.

p/s :Kakyati.bila balik Sipitang,mau sangat-sangat jaulah kesana lagi :D



Wednesday 4 September 2013

Saudaraku.

Pergolakan di Mesir,pembunuhan besar besaran di sana, hak seorang rakyat lenyap,Allah.Allah.Allah.
Dalam kita enak menyambut syawal,menjamu selera,bersenda gurau mereka di sana berjuang habis habisan demi Mesir,tanah tumpah mereka..Setiap kali selesai solat waktu,mereka solat lagi untuk jenazah.Allahurabbi.Rakyat Mesir yang hafal alquran,solat berjemaah,riuh bermajlis ilmu,diuji begitu,memang layak.Allah nak mudahkan jalan mereka ke syurga.Amin Ya Allah.Tapi kita sebagai manusia,bukan skop Islam tapi cukup dalam perspektif MANUSIA.Harus kita punya rasa belas untuk mereka,harus kita sedih bila memikirkan mereka,harus kita beringat dan teringat akan mereka disana.Apatah lagi kalau dari sudut Islam,yang dibunuh,dikelar,ditembak itu saudara kita,saudara kita. Petik hadis Rasulullah SAW,Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Takmau cakap banyak,tak mau cerita panjang,takmau ulas panjang.Tepuk dada tanya iman kita :D
Sila-silah jenguk berita terkini Mesir jangan doplohpatjam belek fb,tweet sana sini,blogwalking bagai tapi nak tengok pasal syria mesir pun takkk langsung.

Mari kita berdoa kesejahteraan semua umat islam di seluruh dunia. YA ALLAH selamatkanlah umat islam di seluruh dunia,bantulah rakyat Mesir,Syria dan Palestin YA Allah.Ameen

Saturday 20 April 2013

Allah,rindunya.

Kadang-kadang rindu menjengah
Buat hati rasa resah gelisah
Merindu yang tak sudah
Cukuplah Allah tempat menadah.

Monday 28 January 2013

@_@ part II

Kal,cemana dengan Lia ok tak?Fik mula mengorek rasa hati. "Haha,ko mula laa tuu.Fik tak baik ko kenakan dia tau tadi kesian aku tengok muka dia,malu habis dah macam taruk blusher kot.Hehe tapi tetap kiut" tanpa aku sedar persoalan Fik terjawab. "Kan aku dah cakap ko mesti suka dia.Aku tengok korang macam perfect match gituu,aww".Fik menambah statement panas dengan gaya lembut yang dibuat-buat."InshaAllah Fik niat  memang nak jadikan dia hawa,intan,kekasih,tunang yang paling penting isteri aku.Semoga Allah permudahkan urusan dan tunjukkan jalan yang betul untuk kami berdua". Secara serentak kami mengaminkan doa tulus dari hati kecilku.Selesai solat isya berjemaah kami terus bercerita itu dan ini sehingga jarum jam menginjak ke jam 2 pagi."Ehh dah jam 2 pagi kot,jomla tidur karang tak terbangun kita qiam nanti".Aku mengajak Fik tidur walaupun mata kami masih segar bugar untuk meneruskan sesi bercerita.

######################################################################

Hampir seminggu sejak balik dari Cairo aku belum sempat lagi membuka facebook.Maklumla sibuk menguruskan barang-barang serta buku yang dikirim pulang dari sana.Tiba-tiba tanganku tergerak untuk membuka profile Alia Abdullah.Boleh juga tahu perkembangan dia di sana. Tiba-tiba aku tertawa sendiri melihat komen-komen Lia dengan kakaknya.Ketaranya si Lia nie manja mentang-mentangla anak bongsu.Lia..Lia..

##########################################################################
Haikal.Ko last year kan?Nahh aku ada calon untuk ko.Aku membaca mesej ringkas Fik yang dihantar melalui private message (PM) bersama link akaun facebook muslimah. Tahap kepercayaan aku dengan si Fik memang tinggi.Dia junior yang paling rapat dengan aku time study di maahad. Baik buruk aku dia dah selami,baik buruk dia jugak aku dah selami.Family aku pun dah kenal baik dengan family dia.Tanpa perasaan  was-was aku terus menambah muslimah tersebut sebagai kawanku di fb. Seminggu selepas aku meng'add' Alia Bt Abdullah, barulah diterima hari nie.Memandangkan kuliah taranum cancel bolehla aku godek-godek fb dia nie bahasa mudahnya stalk..Oh bakal cekgu pulak muslimah nie.Status-status dia banyak ke arah perubahan diri,memperbaiki diri, senang citer islamic post la bila  tengok wall dia nie.-Aku dah add muslimah tuu,kenapa ko suruh aku add dia?anything special?-Mesej tersebut aku hantar kepada Fik.-Alhamdulillah ko dah add dia.dia inshaAllah special untuk ko.Aku kenal dia macam mana aku kenal ko.Ko taaruf la dengan dia dulu by post & status je jangan lebih- . -Apa maksud ko? Aku belum terfikir lagila Fik bab nie banyak lagi urusan aku tak selesai-.-Takpelah aku just suruh ko taaruf by post @ status je bukan suruh ko approach dia pun,be a gentle man.haha- Fik..Fik kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan dia nie,ada-ada je.Semejak berkawan dengan Alia Abdullah di fb nie asyik jugalah dia like status dan post-post aku.Aku macam boleh rasa dia memang tulus nak memperbaiki diri.Alhamdulillah.Selepas hampir seminggu umat islam menyambut hari raya aidilfitri, aku telah menghantar satu video,cara bertudung menurut Islam oleh Ustaz Don kepada Alia Abdullah melalui pm.Aku sendiri tidak pasti kenapa aku sharekan maklumat tuu untuk dia.Alhamdulillah dia memberi respon positif,masih mekar di ingatanku kata-kata balasannya.-syukran ustaz,semoga Allah permudahkan-Itulah kata-kata yang melekat di ingatan aku hingga ke hari ini,kata-kata tersebut menjadi asbab aku menelefon Fik dan bertanya dengan lebih lanjut berkaitan  seorang Alia Bt Abdullah.
##############################################################################
"Haikal...Haikal.. hp Haikal dari tadi lagi bunyi kat atas meja makan tuu" laungan emak mematikan kenangan aku.Ohh ye mak,jap Haikal pergi tengok.Ehh Mak Cik Aishah call.Dadaku mula berdebar adakah istikharahku kini telah terjawab.Bismillahirrahmanirrahim,aku mendail semula nombor makcik Aishah.
Makcik Aishah :Assalamualaikum Haikal ke nie?
Aku:Waalaikummussalam ye makcik Haikal nie.Minta maaf makcik tadi saya di ruang tamu hp pulak tertinggal di dapur.Makcik apa khabar?sihat?
Makcik Aishah:Ohh makcik ingat Haikal ada urusan tadi,minta maafla Haikal makcik menganggu masa rehat Haikal pulak nie.Alhamdulillah makcik sihat macam biasa je.Haikal sihat?
Aku:Ehh takdelah makcik,tak menganggu pun.Kak Ina dah bersalin ke makcik?
Makcik Aishah:Ohh syukurla kalau gitu..Kak Ina tunggu due date lagi 3 hari nie.Itulah makcik call Haikal cepat-cepat nie risau nanti sibuk menguruskan Kak Ina.Haikal ingat lagi janji makcik?
Aku:Ohh dah tak lambat ye makcik nak timang cucu lagi nie.InshaAllah makcik Haikal ingat.Haikal tak kisah dan tak memaksa pun makcik,Haikal redha je apa pun keputusan makcik dengan Alia.
Makcik Aishah:Alhamdulillah,makcik bersyukur sangat kalau betullah Haikal nie jadi suami Lia.Makcik rasa lega nak lepaskan anak bongsu makcik tuu.Nanti bila Lia balik cuti bolehla Haikal datang dengan keluarga ye.Kita ikut adat.
Aku:Ya Allah alhamdulillah makcik,inshaAllah saya cuba yang terbaik makcik dengan izin Allah.InshaAllah nanti saya bincangkan dengan mak dengan abah.Apa-apa hal saya call makcik ye.
Makcik Aishah:InshaAllah,semoga semuanya dipermudahkan Allah.Oklah Haikal makcik berundur dulu ye kirim salam mak abah ye.Ohh sebelum makcik lupa,Haikal nak nombor telefon Lia?
Akul:InshaAllah nanti saya sampaikan makcik.Ohh tak perlu lagi lah makcik apa-apa hal saya call makcik terus.Makcik jaga diri ye kirim salam semua.
Makcik Aishah:Kalau gitu kata Haikal makcik ikut je.Ya,ya.inshaAllah nanti makcik sampaikan.Assalamualaikum Haikal.
Aku:Waalaikummussalam.

Alhamdulillah Ya Allah istikharahku sudah terjawab.Semoga ikatan ini mendapat berkat dan redhaMu.Aamiin .

Aku terus mendail nombor Fik...

Aku: Assalamualaikum bakal sepupu...Hehehe
Fik:Waasaikummussalam Kal.Oittt makngah dah buat keputusan eh?Alhamdulillah..
Aku:Alhamdulillah,sahabat.Ko antara asbab Allah berikan dekat aku dalam usaha membina hubungan suci nie Fik.Terima Kasih banyak-banyak.


Quote for this story:
* Don't approach her,approach her wali and family :)
* Niat yang suci disandarkan semata-mata mendapat redha Allah,inshaAllah akan dibantu oelh Allah :)



Sunday 6 January 2013

@_@

"Lia,awak tak habis-habis asyik menilik fb budak tuu.Siang malam mengadap profile dia,stalk status,baca komen,tak cukup dengan tuu habis kawan-kawan dia awak stalk.Aiii dah tangkapp cintan ehh?" Sal teman sebilikku mula berceloteh panjang..
"Ehh takdelah,saya suka baca status dia,boleh bagi semangat then ilmu-ilmu yang dia kongsi punn bagus,mana pulak saya nak tangkap cintan dengan dia Sal,saya nie siapala dia tuu alim,soleh,banyak ilmu agama"Aku mula berdalih walaupun dalam hati ada taman.
"Dahtuu kalau setakat nak kutip ilmu dari status dia je kenapa awak stalk kengkawan dia?Perluu ehh??" Sal menambah kata sambil tersenyum penuh makna.
Dengan spontan aku membaling bantal kecil ke arah Sal "Awak nie Sal,sengaja tauu".Kami ketawa bersama sebagai tanda pengakhiran perbualan tersebut.

################################################################################

Cuti semester bermula,semua mahasiswa ghairah pulang ke kampung halaman masing-masing termasuklah aku.Inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk merehatkan mental dan fizikal yang lelah dengan kesibukan kampus.
 #################################################
 Selepas solat maghrib bersama mak,aku mula membuka diari kecilku untuk membaca surah al-luqman.Tiba-tiba deringan telefon berbunyi ,dengan pantas mak menjawab panggilan tersebut...Selesai membaca,aku mula menapak ke dapur untuk membantu menghidangkan makan malam kami sekeluarga..
Mak: Liaa,Fik (sepupu) telefon tadi dia cakap malam nanti dia nak datang rumah kita bawa kawan bangcik
Aku: Kawan bangcik pun kawan dengan Fik eh mak?
Mak:Tahla mak pun pelik jugak dia cakap kawan lama bangcik satu sekolah duluu..
Aku:Ohh mungkin senior Fik kot kawan bangcik tuu mak,Fik kan sekolah sama dengan bangcik dulu.
Mak:Itulah mak pun rasa cenggitu jugak.


"Bangcik,Fik kata dia nak bawak kawan bangcik datang rumah malam nie."Mak mula bersuara semasa kami asyik menikmati makan malam.:"Aikk kawan bangcik yang mana tuu?" "Tahlaa mana mak tahu,dia cakap kawan lama bangcik"."Tunggu jela Fik sampai,"kakakku mula mencelah bagi menghentikan perbualan.

Azan isya sudah berkumandang,memandangkan malam ini aku mahu menonton cerekarama aku  terus  ke bilik untuk melaksanakan solat isya.Sedang aku bersolat tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta dari luar."Ohh Fik dah sampai".Terdengar suara mak memberitahu bangcik.
"Mana Lia,makngah?"Fik bertanya kepada mak."Lia solat tadi,malam nie dia nak tengok cerekarama risau takut terlewat terus dia solat tadi."Mak menjawab dengan penuh perincian.
Lama aku,mencuri dengar bualan mereka semua diruang tamu,akhirnya aku keluar juga menunjukkan muka.Yalah tak keluar karang cakap takde budi bahasa pulak almaklumlah aku belajar nun di seberang,time cuti ginilah nak beramah mesra dengan sepupu sepapat punn.
"Haa cikgu keluar jugak ingat dah membongkang tadi."Fik terus memanah kata.Dia memang begitu suka mengusik aku dari kecil lagi."Yelah kenalah tukar baju,letak bedak dulu nak keluar jumpa ko kan" dengan selamba aku menjawab sambil menuju ke arah kusyen kosong antara mak dengan Fik untuk melabuhan punggung."Weeet jangan duduk kat situ la tu tempat kawan aku dia kat luar tengah calling dengan mak dia." Fik menjelaskan tanpa dipinta.Aku menguburkan hasrat tersebut sambil duduk bersimpuh ditepi kusyen mak.
"Haikal apa mak ko cakap?dia bagi ko tidur rumah aku malam nie?"Fik berbicara lagi."Alhamdulillah mak aku ok je,dia kasi."Aku mendongak wajah melihat empunya suara tersebut.Ya Allah,dia nie kawan Fik?kawan bangcik?biar betul.Kecilnya dunia.Monolongku didalam hati. "Haikal,Fik makan sinilah dulu sebelum balik ye?"Mak mula beramah tamah dengan tetamu baru kami."Ehh takpalah makcik susah-susah pulak datang malam-malam nie pun dah menyusahkan makcik sekeluarga."Lembut suaranya menolak pelawaan mak." Apa nak susahnya,makan je sini nanti makcik gorengkan ikan pekasam ye kita makan ramai-ramai.
Akhirnya aku,mak dan kakak sibuk berhempas pulas didapur menyediakan makan malam untuk tetamu baru."Mak kenapa mak ajak diorang makan dulu,tak pernah-pernah mak ajak tetamu baru makan nasi dirumah,malam lagi nie,lelaki pulak tuu."Gatal mulutku melontar kata. "Ishh Lia nie,tetamu datang bawa rahmat,tetamu keluar bawa dosa kita,cepat-cepat masak sayur tuu kesian diorang menunggu" Ehh pulak mak nie tetiba je baik sangat dengan tetamu baru.
Selesai makan malam,mereka berangkat pulang,aku datang menunjukkan muka sekali lagi bila Fik terpekik-pekik memanggil namaku.Buat malu je dengan budak tuu.Mak,bangcik,kakak dan abang iparku sibuk menghantar tetamu pulang aku pulak sibuk menonton cerekarama lakonan Hazama.
"Lia.Lia nah nie Haikal bagi."Dengan muka blurr aku mengambil bungkusan kecil dari tangan mak,"hah stokingggg,aku berkata dalam nada menjerit."Yelah dah Lia keluar ruang tamu tadi tak pakai stoking sapa suruh." Mak pula membidas kata sambil senyum meleret.

################################################

Esoknya sedang aku mengupas bawang bersama mak:
 

Mak:Lia,Haikal tuu huduh tak?
Aku:Huduh laa macam orang tua (dalam hati hensem je kita tengok)

Mak: Kann.Lia ,datang nak merisik Lia.
Aku:Biar betul mak,takkanlah Lia nie bakal cikgu je dia tuu bakal ustaz mak,ustaz mesti cari ustazah tengok macam Faizal anak tam tuu,ustazah jugak dia cari.
Mak:Itu Faizal nie Haikal,dia cakap dekat mak semalam masa Lia sibuk buat sayur kat dapur.Jadi cemana?Nak?Mak nak kena cakap dengan dia nie.

Aku:*senyum* hehehe

Selesai masak aku terus ke bilik capai handphone dan menaip sms..Sal,budak  yang siang malam aku stalk fb dia kan,datang merisik aku..



Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat yang Kau berikan ini.


Aku terus sujud,sujud yang lama dan tenang.


Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".


Huraian:
Sseungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.


# Ya Allah kurniakanlah aku bakal suami yang beriman yang mampu membimbingku di dunia dan membantuku di akhirat.Kurniakanlah aku suami yang soleh supaya hubungan aku dan MU makin erat.Amin Ya Rabbal A'lamin.