Sunday, 6 January 2013

@_@

"Lia,awak tak habis-habis asyik menilik fb budak tuu.Siang malam mengadap profile dia,stalk status,baca komen,tak cukup dengan tuu habis kawan-kawan dia awak stalk.Aiii dah tangkapp cintan ehh?" Sal teman sebilikku mula berceloteh panjang..
"Ehh takdelah,saya suka baca status dia,boleh bagi semangat then ilmu-ilmu yang dia kongsi punn bagus,mana pulak saya nak tangkap cintan dengan dia Sal,saya nie siapala dia tuu alim,soleh,banyak ilmu agama"Aku mula berdalih walaupun dalam hati ada taman.
"Dahtuu kalau setakat nak kutip ilmu dari status dia je kenapa awak stalk kengkawan dia?Perluu ehh??" Sal menambah kata sambil tersenyum penuh makna.
Dengan spontan aku membaling bantal kecil ke arah Sal "Awak nie Sal,sengaja tauu".Kami ketawa bersama sebagai tanda pengakhiran perbualan tersebut.

################################################################################

Cuti semester bermula,semua mahasiswa ghairah pulang ke kampung halaman masing-masing termasuklah aku.Inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk merehatkan mental dan fizikal yang lelah dengan kesibukan kampus.
 #################################################
 Selepas solat maghrib bersama mak,aku mula membuka diari kecilku untuk membaca surah al-luqman.Tiba-tiba deringan telefon berbunyi ,dengan pantas mak menjawab panggilan tersebut...Selesai membaca,aku mula menapak ke dapur untuk membantu menghidangkan makan malam kami sekeluarga..
Mak: Liaa,Fik (sepupu) telefon tadi dia cakap malam nanti dia nak datang rumah kita bawa kawan bangcik
Aku: Kawan bangcik pun kawan dengan Fik eh mak?
Mak:Tahla mak pun pelik jugak dia cakap kawan lama bangcik satu sekolah duluu..
Aku:Ohh mungkin senior Fik kot kawan bangcik tuu mak,Fik kan sekolah sama dengan bangcik dulu.
Mak:Itulah mak pun rasa cenggitu jugak.


"Bangcik,Fik kata dia nak bawak kawan bangcik datang rumah malam nie."Mak mula bersuara semasa kami asyik menikmati makan malam.:"Aikk kawan bangcik yang mana tuu?" "Tahlaa mana mak tahu,dia cakap kawan lama bangcik"."Tunggu jela Fik sampai,"kakakku mula mencelah bagi menghentikan perbualan.

Azan isya sudah berkumandang,memandangkan malam ini aku mahu menonton cerekarama aku  terus  ke bilik untuk melaksanakan solat isya.Sedang aku bersolat tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta dari luar."Ohh Fik dah sampai".Terdengar suara mak memberitahu bangcik.
"Mana Lia,makngah?"Fik bertanya kepada mak."Lia solat tadi,malam nie dia nak tengok cerekarama risau takut terlewat terus dia solat tadi."Mak menjawab dengan penuh perincian.
Lama aku,mencuri dengar bualan mereka semua diruang tamu,akhirnya aku keluar juga menunjukkan muka.Yalah tak keluar karang cakap takde budi bahasa pulak almaklumlah aku belajar nun di seberang,time cuti ginilah nak beramah mesra dengan sepupu sepapat punn.
"Haa cikgu keluar jugak ingat dah membongkang tadi."Fik terus memanah kata.Dia memang begitu suka mengusik aku dari kecil lagi."Yelah kenalah tukar baju,letak bedak dulu nak keluar jumpa ko kan" dengan selamba aku menjawab sambil menuju ke arah kusyen kosong antara mak dengan Fik untuk melabuhan punggung."Weeet jangan duduk kat situ la tu tempat kawan aku dia kat luar tengah calling dengan mak dia." Fik menjelaskan tanpa dipinta.Aku menguburkan hasrat tersebut sambil duduk bersimpuh ditepi kusyen mak.
"Haikal apa mak ko cakap?dia bagi ko tidur rumah aku malam nie?"Fik berbicara lagi."Alhamdulillah mak aku ok je,dia kasi."Aku mendongak wajah melihat empunya suara tersebut.Ya Allah,dia nie kawan Fik?kawan bangcik?biar betul.Kecilnya dunia.Monolongku didalam hati. "Haikal,Fik makan sinilah dulu sebelum balik ye?"Mak mula beramah tamah dengan tetamu baru kami."Ehh takpalah makcik susah-susah pulak datang malam-malam nie pun dah menyusahkan makcik sekeluarga."Lembut suaranya menolak pelawaan mak." Apa nak susahnya,makan je sini nanti makcik gorengkan ikan pekasam ye kita makan ramai-ramai.
Akhirnya aku,mak dan kakak sibuk berhempas pulas didapur menyediakan makan malam untuk tetamu baru."Mak kenapa mak ajak diorang makan dulu,tak pernah-pernah mak ajak tetamu baru makan nasi dirumah,malam lagi nie,lelaki pulak tuu."Gatal mulutku melontar kata. "Ishh Lia nie,tetamu datang bawa rahmat,tetamu keluar bawa dosa kita,cepat-cepat masak sayur tuu kesian diorang menunggu" Ehh pulak mak nie tetiba je baik sangat dengan tetamu baru.
Selesai makan malam,mereka berangkat pulang,aku datang menunjukkan muka sekali lagi bila Fik terpekik-pekik memanggil namaku.Buat malu je dengan budak tuu.Mak,bangcik,kakak dan abang iparku sibuk menghantar tetamu pulang aku pulak sibuk menonton cerekarama lakonan Hazama.
"Lia.Lia nah nie Haikal bagi."Dengan muka blurr aku mengambil bungkusan kecil dari tangan mak,"hah stokingggg,aku berkata dalam nada menjerit."Yelah dah Lia keluar ruang tamu tadi tak pakai stoking sapa suruh." Mak pula membidas kata sambil senyum meleret.

################################################

Esoknya sedang aku mengupas bawang bersama mak:
 

Mak:Lia,Haikal tuu huduh tak?
Aku:Huduh laa macam orang tua (dalam hati hensem je kita tengok)

Mak: Kann.Lia ,datang nak merisik Lia.
Aku:Biar betul mak,takkanlah Lia nie bakal cikgu je dia tuu bakal ustaz mak,ustaz mesti cari ustazah tengok macam Faizal anak tam tuu,ustazah jugak dia cari.
Mak:Itu Faizal nie Haikal,dia cakap dekat mak semalam masa Lia sibuk buat sayur kat dapur.Jadi cemana?Nak?Mak nak kena cakap dengan dia nie.

Aku:*senyum* hehehe

Selesai masak aku terus ke bilik capai handphone dan menaip sms..Sal,budak  yang siang malam aku stalk fb dia kan,datang merisik aku..



Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat yang Kau berikan ini.


Aku terus sujud,sujud yang lama dan tenang.


Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".


Huraian:
Sseungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.


# Ya Allah kurniakanlah aku bakal suami yang beriman yang mampu membimbingku di dunia dan membantuku di akhirat.Kurniakanlah aku suami yang soleh supaya hubungan aku dan MU makin erat.Amin Ya Rabbal A'lamin.


No comments:

Post a Comment